Seorang wanita impikan seorang suami yang hebat yang mampu menjadikan dirinya wanita dan isteri yang paling sempurna di dunia. Justeru bagi anda sang lelaki yang dambakan kebahagiaan rumahtangga, cuba amalkan tip muda ini untuk menjadi suami yang hebat:-
1. Seorang isteri suka melihat suaminya hebat, bukan sahaja dari segi paras rupa malah dari segi kehebatan peribadi, bakat dan kebolehan yang boleh dibanggakan. Justeru jadikan diri anda suami yang paling hebat dari pelbagai segi, penampilan, gaya, kebolehan dan segala-galanya.
2. tegur isteri anda dengan senyuman sambil menyatakan rasa dukacita melihat dirinya. jadikan diri anda penyokong nombor satu isteri anda dan pastikan anda orang yang di harapkan sang isteri dalam apa jua keadaan. Tunjukkan minat anda dan sentiasa bersedia mendengar keluhan, rintihan, mahupun kegembiraan isteri anda.
3. Jangan takut bercerita tentang minat dan hobi anda. jangan bimbang isteri anda berasa bosan mendengarnya kerana seorang isteri pasti merasa seronok dan bangga jika sang suami sudi berkongsi cerita minat , hobi bersama. Seelok-eloknya cari topik yang turut menrik minat isteri anda dan membolehkkan isteri anda turut berkongsi keseronokkannya.
4. Menjakan isteri anda dengan melakukan perkara kecik yang mudah tetapi menyenangkan perasaan si isteri. Cuba mulakan dengan menyediakan sarapan pagi atau gosok badannya sebelum tidut. pati khidmat kecil anda ini mampu menambah rasa kasih dan hormat isteri terhadap anda.
5. Beri ruang kepada isteri anda. Tidak perlu bersemuka 24jam sehari kerana sebagai manusia biasa anda juga perlu sedikit ruang untuk diri sendiri, saudara mara, jiran-jiran mahupun teman-teman, walaupun hanya 10 minit, masa sang isteri bersama teman mahupun saudara terdekat amat berharga buat dirinya. Tindakan anda ini membuatkan si isteri tambah hormat dan kasih kepada anda.
6. Beri kasih sayang sepenuhnya tanpa sebarang syarat. Lupakan segala kesilapan dan kelemahan isteri anda dan berikan kemaafan dan kasih sayang terhadap dirinya
7. isteri anda sepatutnya lebih penting daripada keluarga mahupun teman-teman. Utamakan keperluan dan perasaan isteri anda dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan dengan melakukan perbincangan bersama terlebih dahulu.
8. Seks adalah perkara yang amat penting untuk kebanyakan wanita. Ambik berat tentang kesukaan isteri anda. Ingat, anda adalah orang yang mampu membuat isteri anda merasakan dirinya paling seksi.
Sunday, October 3, 2010
Berhenti Mencintaimu
: Berhenti Mencintaimu
Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku..
Seharusnya ku tidak di sini lagi
menanti ucap cinta... itu takkan mungkin..
Aku bertahan di sini biar kau terbiasa dekat denganku..
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau tahu erti hadirku..
Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu..
Melupakanmu, membunuh cintaku!
Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku?
Berteman itu indah.. Dan hatiku takkan setuju!
Yang aku ingin bukan hanya menatapmu,
mendengar ceritamu...
Aku ingin menangis bersamamu.. ketawa denganmu..
Berbagi hati selamanya..
Beri aku kejelasan.. apa ertinya selama ini?
Kau beri ku puji, buat ku tinggi..
Kau beri harapan sepertinya indah..
Namun kenyataannya tak semanis inginku..
Salahku terlanjur ingini semua yang ada di dirimu..
Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu..
Sebelum cinta ini hina.. semampunya ku harus rela..
Berhenti merinduimu.. Dan membunuh rasa ini..
Mohon ajarkan aku cara melupakanmu..
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu..
Mohon jangan datang lagi di kehidupanku..
Bukan ku membenci.. Tapi aku telah tersakiti olehmu..
Belajar berhenti mencintaimu..

oh wanita
''Bila sorang wanita mengatakan dia sedang brsedih, ttpi dia tidak menitiskan airmata, itu brmakna dia sedang menangis di dlm hatinya.. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula seblum kamu menegur dgn ucapan maaf. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yang paling dia sayang.sebab itu ramai wanita yang patah hati...
Tuesday, September 7, 2010
kata-kata nasihat
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.
Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Tawakal Ila Allah
Pernahkah kita dalam mencapai suatu perkara, setelah kita berpenat lelah dan seratus peratus meletakkan tenaga dan keupayaan kita dan setelah kita yakin kita telah memberikan seluruh sumber yang ada namun hati kita masih resah seolah dunia masih tidak mengiktiraf usaha kita? Mungkin kerana kealpaan kita, kita terlupa yang Dia lah penentu segalanya. Dialah yang menentukan

IFTITAH
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta …

Monday, September 6, 2010
Jadilah Pasangan Seiring Sejalan
Memilih teman hidup seperti mencari mutiara di pasir pantai. Jika tersalah pilih rumahtanngga yang menjanjikan kebahagiaan berakhir di tengah jalan. Walau seluas lautan cinta diberikan namun jika tidak bijak mengambil peranan dalam memberi keharmonian ia menjadi kian pudar. Bagaimana untuk menanganinya?
Hidup Bahagia Tanpa Sengketa
Hidup berumahtangga memang tidak akan pernah lari daripada konflik. Kecil atau besar konflik yang menguji jiwa perlu dihadapi dengan hati terbuka. Sikap redha isteri terhadap suami adalah langkah terbaik. Adakala pertelingkahan dalam rumahtangga ada hikmahnya kerana boleh membawa kemesraan selepas berbaik semula. Jangan fikir cara mudah dengan keluar dari ikatan perkahwinan.
Agar Pasangan rasa Istimewa
Kehidupan berumahtangga tidak seperti waktu bercinta. Penampilan anda sebagai isteri juga perlu anggun ketika di rumah. Jika berbicara anggaplah pasangan seperti maharaja yang disayangi. rasa hormat dan memandangnya dengan penuh kasih sayang membuatkan si dia berasa tenang berada di sisi anda.
Kekal romantik Ke Akhir Hayat
Semakin meningkatnya usia perkahwinan, hubungan suami isteri boleh menjadi kian erat. Kasih sayang di penghujung hayat bagaikan embun di waktu pagi. Perlu dititip dan dijaga dengan baik. Jadikan setiap hari adalah hari baru buat anda berdua. Sentiasa bangga dengan pasangan anda.
Fikir Sebelum Buat Keputusan
Jika sesuatu berlaku di luar kehendak ia boleh menimbulkan rasa marah. Jika sedang marah tariklah nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Tenangkan diri hingga anda rasa reda. Pertimbangkan punca kemarahan dan mungkin ia datang dari diri sendiri. Ambil tindakan positif dalam menangani masalah. Elak melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan orang sekeliling.
Selami Fikiran Pasangan
Wanita dikatakan lebih sensitif berbanding lelaki. Kenali pasangan dengan lebih dekat dan baca fikirannya secara senyap. Fahami keadaan pasangan yang mungkin ketika itu sedang rasa tertekan atau letih. Sering berbincang terutama dalam membuat keputusan yang melibatkan anda berdua dan keluarga. Dirinya akan rasa diperlukan.

BILA DIGERAKKAN HATI UNTUK BERDOA…
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, “…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.”
Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah “medium” perhubungan itu.
Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan, minum, memakai kasut, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula…semuanya ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri pun, mesti dimulakan dengan doa.
Itulah uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.
Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang “melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah” seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.
Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Nabi Muhammad s.a.w. khususnya, telah mengajar kita untuk berdoa pada setiap masa dan ketika. Tradisi itu diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi‘ al-tabiin dan generasi salafussoleh. Alhasil, khazanah doa sentiasa bertambah daripada satu zaman ke satu zaman.

Rumahtangga satu ujian
Keikhlasan penting untuk mendorong seseorang menerima kelemahan pasangannya lantas berusaha memperbaiki diri bukannya turut serta melakukan kesilapan yang sama. Mereka yang ikhlas akan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangan adalah ujian daripada Allah dan akan berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan. Sekiranya gagal dibantu, setelah berusaha dan memanjatkan doa kepada yang Maha Esa, jalan terbaik adalah keluar dari perkahwinan dan bukannya turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya lebih banyak memberi keburukan kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.
Semua perkahwinan terdedah kepada ujian sama ada tercetus daripada suami, isteri, anak, ahli keluarga, orang luar mahupun keadaan sekeliling. Justeru, langkah pencegahan daripada terjerumus kepada perlakuan curang amat perlu diambil. Seorang rakan sangat menghargai teguran suami yang melarangnya menumpang kereta rakan lelaki, walaupun pada awalnya dia berasakan teguran itu agak keterlaluan. Suaminya memberi alasan naik kereta bersama boleh membawa keselesaan berbual dan seterusnya bercerita masalah peribadi. Segala kemungkinan boleh berlaku bertitik tolak dari situ seperti kecurangan. Lebih baik mencegahnya dengan menutup saluran yang menjurus ke arah pergaulan sebegitu.
Pun begitu, seandainya perkahwinan masih diuji, berlapang dadalah kerana rumahtangga kita dipilih Allah SWT untuk menerima peningkatan iman dan darjat. Isteri perlukan perlindungan, suami seharusnya bertindak sebagai pelindung isteri. Ia bukan sekadar memberi tempat berlindung seperti rumah tetapi juga memberi perlindungan perasaan melalui sikap yang mengambil berat mengenai rasa takutnya serta kesunyiannya. Ada suami tidak peka dan mengambil mudah perasaan isteri yang cuba memberi isyarat kepada suami dia sedang digoda lelaki lain.

Memaafkan
Seorang isteri yang sedang menjalin hubungan lain, sebenarnya sedang terperangkap dalam gua tanpa jalan keluar. Mungkin di dalam gua itu ada sesuatu yang sangat menarik perhatiannya seperti aliran air yang berkaca, ukiran di batu gua serta batu-batan yang indah dan mengasyikkan.
Namun, sesiapapun yang terperangkap, ingin mencari jalan keluar justeru kehidupan sebenar bukan di dalam gua tetapi di luar sana. Fahamilah kemelut hati isteri yang dilanda konflik, maafkanlah dan bantulah dia mencari jalan keluar. Suami tidak wajar menghukumnya dengan sakit hati dan menutup terus jalan keluar untuknya.
Ramai juga suami memberi alasan sibuk adalah faktor penghalang bagi memenuhi keinginan dan kesunyian isteri. Saya pernah membaca kisah seorang lelaki berkongsi cerita sedih rumahtangganya apabila isterinya meninggalkan dia dan anak walaupun dia cuba melakukan yang terbaik dengan memberikan kemewahan harta benda kepadanya. Adakah wajar tindakan ini? Kita seringkali melakukan kesilapan di dalam memenuhi keperluan emosi masing-masing di dalam rumahtangga. Apakah kesunyian isteri dapat diubati dengan wang beribu? Atau sedikit masa dan perhatian daripada suami dapat digantikan dengan kilauan emas permata? Gelisah di jiwa isteri adakalanya cukup dengan sedikit ambil berat yang ditunjukkan suami. Limpahan harta benda selalunya adalah pelarian atau jalan keluar sementara dan tidak lama.
Kita sering beranggapan kebahagiaan yang dicari ada dalam kemewahan yang melimpah ruah. Kita memfokuskan sebahagian besar hidup mengejar kebahagiaan mengikut definisi kita, lalu akhirnya kita kecewa. Ada isteri yang berasa tersisih dengan kesibukan suami dan berasa diri kurang diperlukan lagi. Ada beberapa perubahan isteri yang suami harus peka dalam menangani isu curang ini.

Kehidupan suami isteri
Tak ada sesiapa pun yang berkahwin mengharapkan kegagalan dalam rumahtangga.Jangan berfantasi yang indah2 sahaja..Realiti perkahwinan ada suka ada duka...Pasangan harus saling memberi & menerima..Sentiasa berdoa & mohon yang terbaik daripadanya..Tiada manusia yang sempurna 100%..Masing2 ada kelemahan & kelebihan..Saling melengkapi antara satu sama lain..

Saturday, September 4, 2010

“Mohd Zamry-Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Faeiz Eizlan
Sex: Male
Birthday: 1998 August 24
"Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
Friday, September 3, 2010

Haziq Irfan
"Bila kita ingin tahu bagaimana kedudukan kita dihadapan Allah,
maka tengoklah di dalam hati kita bagaimana kedudukan Allah.
Sejauhmana kita mencintai-Nya,
seberapa besar kita rela berkorban untuk-Nya
& sejauhmana kita sesuaikan hawa nafsu dengan apa yang disyariatkanNya..
Wahai Tuhan yang membolak-balik kan hati..
tetapkan hati kami dalam mentaatiMu..
tsabatkan hati kami dalam agamaMu..
istiqomahkan kami dalam berjuang di jalanMU..
amiin...
Wallahu'alam...
Zhoriff Daniel
"Bismillahirrahmanirrahim…
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.
Orang kata aku lahir dari perut mama ..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mama
Bila lapar, yang suapkan aku..mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mama
Kata mama, perkataan pertama yang aku sebut.. ma...
Bila bangun tidur, aku cari.. mama..
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mama
Bila nak bermanja... aku dekati mama..
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mama.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mama
Bila nakal, yang memarahi aku... mama..
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mama..
Bila takut... yang tenangkan aku.. mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mama.
Aku selalu teringatkan ..mama
Bila sedih, aku mesti lihat gambar... mama
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mama
Bila takut, aku selalu panggil.. "mamaaaaaaaa!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mama..
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mama..
Bila ada masalah, yang paling risau.. mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mama..
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mama
Yang selalu berleter kat aku..mama
Yang selalu puji aku.. mama
Yang selalu nasihat aku.. mama
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mama
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari mama
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada mama
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mamaku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah mama
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mama.. ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon mama
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk mama ku di hari jadi mama pada 05.10.2010
mama,,,,abang,angah & adik rindu kat mama
Love u mama fieda forever
Subscribe to:
Posts (Atom)